Kursus Imej Penampilan Profesional

Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kesan langsung imej individu sebagai ‘selling point’ organisasi yang diwakili. Selain itu, kursus ini juga memberi latihan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan imej dan ketrampilan diri yang lebih profesional selari dengan kod etika pemakaian (mengikut Pekeliling Kerajaan yang berkuatkuasa) bagi meningkatkan keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.

 

Objektif Kursus

Diakhir kursus ini, peserta akan:
1. Mengetahui kesan langsung imej individu sebagai ‘selling point’ organisasi yang diwakili.
2. Mengenal pasti imej dan ciri-ciri profesional yang perlu ditingkatkan untuk menyediakan diri sebagai pemimpin organisasi.
3. Memahami teknik berketrampilan dan penampilan yang berkesan mengikut Pekeliling Kerajaan yang berkuatkuasa.
4. Memperbaiki cara berhubung (komunikasi) dengan individu lain terutamanya dengan pelanggan dalaman dan luaran.

 

Kandungan Kursus

Ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, latihan praktikal dan demonstrasi.

 

Pendekatan Kursus

1) Ceramah dan Interaksi Dua Hala
2) Latih Amal

 

Penceramah

Encik Rudy Ludinata M

– menerima latihan intensif dan Pentauliahan Professional sebagai Certified Profesional Image Consultant (CPIC) dan Certified Fine Dining Consultant (CFDC).
– mempunyai kelulusan perundangan dari Fukushima, Jepun memulakan kerjaya sebagai pramugara dengan sebuah syarikat penerbangan yang terkemuka di Asia Timur.
– kerjaya berikutnya sebagai Diplomat di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia.
– mengetuai Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Korporat sebuah agensi kerajaan selama lebih 10 tahun.

 

Jumlah & Sasaran Peserta

40 Orang  |  Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred 41 ke Bawah

 

Tarikh Tutup Penyertaan

28 Julai 2022 (Khamis)

 

Ingin memohon kursus ini?

Klik di sini untuk muat turun modul kursus ini
Klik di sini untuk memohon kursus ini

Date

Aug 11 - 12 2022
Expired!

Time

8:30 am - 4:30 pm
Fizikal (Perkasa Hotel MT Kinabalu, Ranau)

Location

Fizikal (Perkasa Hotel MT Kinabalu, Ranau)
Category
ILA FADILAH BINTI HARUN

Organizer

ILA FADILAH BINTI HARUN
Phone
088-315218
Email
IlaFadilah.Harun@sabah.gov.my
Website
https://insan.jpan.my/
Shopping Basket