Kursus Pengacaraan Majlis

Sinopsis

Kursus Pengacaraan Majlis (Rasmi/Tidak Rasmi) ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada pengacara majlis untuk mengetahui serta mempelajari kemahiran terhadap elemen pengurusan sesebuah majlis rasmi. Kemahiran mengacarakan majlis bukan hanya sekadar pandai berbicara dan mempunyai suara yang lunak tetapi perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan berucap di khalayak ramai. Pengacara yang baik dan  berkesan juga mestilah mempunyai asas protokol dan pengurusan majlis yang mantap. Pengacara majlis yang baik perlulah mampu melaksanakan tugasan dengan berkesan. Hanya pengacara yang mempunyai ilmu dan kemahiran, terlatih serta mendapat pendedahan sahaja mampu mengacarakan majlis dengan sempurna.

 

Objektif Kursus

1. Pengetahuan elemen mengendalikan majlis dalam konteks seorang Pengacara Majlis.
2. Kemahiran merancang, menyedia dan menyemak skrip pengacaraan majlis.
3. Tips dan panduan menjadi pengacara majlis yang berwibawa dan berkesan.
4. Memahami mekanisme dalam menangani gugup dan cara menguruskannya.
5. Simulasi mengacarakan majlis mengikut amalan protokol.

 

Kandungan Kursus

Modul 1 : Definisi dan Kriteria Pengacara Majlis
Modul 2 : Peranan dan Tanggungjawab Seorang Pengacara Majlis
Modul 3 : Protokol dan Etiket Pengacara
Modul 4: Amalan Protokol Majlis dalam Pengacaraan Majlis
Modul 5 : Menangani Gugup/Stage Fright
Modul 6 : Tips Penjagaan Suara dan Gaya Penyampaian
Modul 7 : Teknik dan Penyediaan Teks Pengacara Majlis
Modul 8 : Amali Mengacarakan Majlis
Modul 9 : Simulasi Mengacarakan Majlis

 

Pendekatan Kursus

1) Ceramah
2) Latih Amal dan Simulasi

 

Penceramah

ENCIK MUHAMMAD NORAZMI BIN HARIS

Kelayakan Akademik:
– Ijazah Sarjana Pengurusan Modal Manusia (UMS)
– Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Komunikasi) (UMS)
Kemahiran:
– Pengacaraan Majlis (Rasmi/Tidak Rasmi/Santai/DJ/VJ/Host)
– Pengurusan Majlis (Semua Jenis Majlis)
– Pengurusan Imej Profesional dan Etiket Sosial
– Protokol dan Etiket Sosial Sijil Kemahiran:
– Trains World Class Online Speaker – 2022
– Train World Class Speaker – 2020
– Train The Trainers – 2019
– EmceePro – 2019
– Pengurusan Imej Profesional dan Etiket Sosial 2019

 

Jumlah & Sasaran Peserta

50 Orang  |  Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred 41 ke Bawah

 

Tarikh Tutup Penyertaan

16 Ogos 2022 (Selasa)

 

Ingin memohon kursus ini?

Klik di sini untuk muat turun modul kursus ini
Klik di sini untuk memohon kursus ini

Date

Aug 24 - 25 2022
Expired!

Time

8:00 am - 5:00 pm
Fizikal (Bilik Kuliah)

Location

Fizikal (Bilik Kuliah)
Category
NUR AMEERA BINTI ZAIDI

Organizer

NUR AMEERA BINTI ZAIDI
Phone
088-315213
Email
NurAmeera.Zaidi@sabah.gov.my
Shopping Basket