SEKAPUR SIRIH DARI PENGARAH INSAN

Pembangunan laman web ini diharap dapat memenuhi aspirasi dan citarasa para pelanggan INSAN terutama sekali bagi mereka yang cenderung mencari maklumat melalui perantaraan teknologi ICT. Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT. Kerajaan begitu komited dalam menjayakan pewujudan kerajaan elektronik sepenuhnya dimana segenap aspek pengurusan pentadbiran khususnya di kesemua jabatan-jabatan kerajaan, badanbadan berkanun dan agensi-agensinya dilakukan menerusi sistem online.

Oleh yang demikian sudah tiba masanya, kesedaran ICT ini perlu diberi penekanan yang serius oleh semua kakitangan. Semua peringkat kakitangan perlu mengambil inisiatif untuk menjadi mesra pengguna bagi menjayakan misi tersebut, yakni mempastikan kelancaran pelaksanaan sistem kerajaan elektronik. Secara langsung ini akan menyumbang kepada usaha mewujudkan sumber manusia yang berdaya saing dan efisien. Ketepatan dan kesahihan maklumat perlu dipelihara. Disamping itu laman web kita perlu tidak rigid dan kurang birokrasinya dalam pelanggan mendapatkan maklumat yang diingini. Dengan kata lain, kita mahu agar maklumat yang diperlukan menerusi hujung jari dapat dicapai sepantas yang boleh. Ini bukan sahaja sebagai alternatif tambahan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat di kalangan masyarakat Malaysia tetapi merupakan kaunter hadapan bagi pencarian maklumat terkini tentang jabatan ini. Antara kandungan penting yang berkepentingan kepada pelanggan kita adalah maklumat latihan atau kursus termasuk lain-lain kegiatan dan aktiviti semasa yang dijalankan jabatan ini.

Kepada pengunjung laman web ini diharap mendapat informasi yang tepat, cepat dan terkini tentang jabatan kami. Adalah diharapkan media ini menjadi saluran yang informatif dan berkesan dalam menyampaikan mesej INSAN kepada semua pelanggan khususnya rakyat negeri Sabah.

Sekian dan terima kasih.

TUAN MOHD YASSIN IBRAHIM
Pengarah INSAN

“SABAH MAJU JAYA”