Kursus Imej Penampilan Profesionalisme
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kesan langsung imej individu sebagai ‘ selling point’ organisasi yang diwakili. Selain itu, kursus ini juga memberi latihan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan imej dan ketrampilan diri yang lebih professional selari dengan kod etika pemakaian( mengikut Pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa) bagi meningkat keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.
Objektif Kursus
Selepas kursus tamat, peserta akan dapat:
1.Mengetahui kesan langsung imej individu sebagai ‘ selling point’ organisasi yang diwakili
2.Mengenalpasti imej dan ciri-ciri professional yang perlu ditingkatkan untuk menyediakan siri sebagai pemimpin organisasi.
3.Memahamiteknik berketrampilan dan penampilan yang berkesan mengikut Pekeliling Kerajaan yang berkuatkuasa.
4.Memperbaiki cara berhubung 9komunikasi) dengan individu lain terutamanya dengan pelanggan dalaman dan luaran
Kandungan Kursus
Modul1 : ASAS BINA IMEJ 101
a) Prisma Imej ABC
b) 10 kesilapan Imej Penjawat Awam
Modul 2 : PESONA PAKAIAN CERMIN PERIBADI
a) Eksplorasi Gaya Personaliti
b) Pakaian vs. Bentuk Tubuh
c) Pakaian vs. Bentuk Wajah
Modul 3 : ETIKA PEMAKIAN PENJAWAT AWAM
a) Etika Pemakaian Korporat | Pegawai Awam dengan padanan Warna, Corak
Modul 4 : ETIKET PROFESIONAL
Pendekatan Kursus
1. Ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, Tugasan individu, latihan praktikal dan demonstrasi.
Penceramah
Encik Rudy Ludinata
Jumlah & Sasaran Peserta
40 Orang | Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri
Tarikh Tutup Penyertaan
28 Disember 2022