
Webinar: Ringgit Sentap Kasi Mantap
Sinopsis
Program ini bertujuan memberi pengetahuan mengenai pengurusan kewangan dan mencegah daripada isu keberhutangan berat melalui ilmu, dalam pengurusan kewangan. Kegagalan memahami konsep kewangan akan membawa padah yang serius kepada negara, organisasi dan institusi kekeluargaan. Oleh itu, melalui kursus ini ilmu pengetahuan dapat dikongsi bersama dengan peserta agar lebih bijak dalam menguruskan kewangan.
Objektif Kursus
Di akhir kursus ini, peserta akan:
1. Meningkatkan ilmu kewangan dalam kalangan penjawat awam.
2. Memupuk tabiat perancangan jangka panjang pada setiap peringkat atau peristiwa dalam hidup yang berbeza seperti perkahwinan, membina keluarga, ditimpa musibah atau kematian.
3. Memupuk perubahan tingkahlaku yang menggalakkan tabiat kewangan yang sihat.
Kandungan Kursus
1. Transformasi Minda (Corak Kewangan Anda)
2. Trafik Kewangan (cash flow)
3. Pinjam jangan sampai Pitam (Asas Meminjam)
4. Sistem nilai dalam perkhidmatan awam
5. Lindungi yang tersayang
Penceramah
AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)
Jumlah & Sasaran Peserta
200 Orang | Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri(Pertengahan Perkhidmatan/ 5 tahun ke atas)
Tarikh Tutup Penyertaan
16 Jun 2023